Monday, August 13, 2012

Muncul di Majalah Rasa Malaysia


Cihuyy... masuk Majalah lagiiii... begitu komentar spontan Mira, teman saya yang sama-sama menghadiri Acara Launching Buku Masakan VIP. Ketika saya sms bahwa fotonya muncul lagi di Majalah RASA (majalah berisi resep-resep masakan Malaysia). Dibawah ini saya share apa yang ditulis di majalah Rasa Edisi 68, Maret 2007.
BERNAS dekati Wanita Kenamaan
Hasilkan Buku Selera Ikhlas VIP
Mungkin ia suatu pemandangan yang sukar dilihat apabila semua tetamu tersenyum gembira menjinjing pulang sekampit beras sebagai cenderamata, namun itulah yang berlaku di majlis pelancaran Selera Ikhlas VIP NONA / BERNAS dan Program Restoran Pilihan Bernas Kempen 2, yang berlangsung di salah sebuah hotel baru-baru ini.
Pemberian istimewa itu juga sekaligus memperkenalkan kepada khalayak ramai koleksi beras berlabel Budi Ikhlas, keluaran BERNAS yang telah berada di pasaran. BERNAS merupakan peneraju pasaran beras di Malaysia, sedar bahwa makanan asasi ini adalah elemen penting kepada pemakanan yang sehat dan telah menjadi kewajipan mereka untuk memberi komitmen dalam menjamin kualiti beras yang terbaik.
Mutu dan ketulenan produk pilihan BERNAS adalah satu kemestian yang telah ditetapkan sebagai bukti tanggung jawab kepada semua pengguna. Usaha sama bersama Majalah NONA menerbitkan Buku Masakan Selera Ikhlas VIP pula dilihat sebagai perkongsian bernilai dalam mendekatkan golongan VIP dengan masyarakat melalui makanan asasi yaitu beras.
Antara VIP yang telah menyumbangkan dua resipi mereka ialah Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin, YM Raja Puan Sri Dato’ Noora Ashikin binti Raja Abdullah, Datuk Paduka Datin Seri Hidayah Wan Ismail, Datin To’ Puan Sabihah, Ibu Made Darsini Rusdihardjo Dra, Datin Seri Zainab, Datin Shazarina Shamsuddin, puan Sri Fadzilah Md Ariff, Datin Saemah Husain, Datin Sri Hajah Suzlifah Hanim, Datin Seri Manimala N.T. Rajah, YTM Dato’ Tunku Mukminah Tunku Mohd Jiwa, Datin Umi Kalsom Abdul Latif, Datin Sheril Aida, Datin Baizura, Datin Mariah, Datin Mayleen, Datin Nariza Hashim Petra, Datin Yasmine Abdullah Heng, Datin Fatimah, Datin Maria Arshad, Datin Na'emah, Datin Noor Sheena, Datin Noor Azizah, Sharifah Kirana dan Erra Fazira.
Majlis yang dirasmikan oleh Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, isteri kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga turut memperkenalkan restoran-restoran pilihan BERNAS, melalui gerai-gerai yang didirikan didalam dewan acara yang turut mempromosikan makanan istimewa masing-masing.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai BERNAS Encik Fuad Abd. Wahab, Ketua Pegawai Keuangan Encik Tarmizi Hariri, Pengurus Kanan Komunikasi Pemasaran Puan Hasina Mohammad manakala kumpulan Karangkraft Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengurus Penerbitan kumpulan Puan Harlina Kassim, Editor Kumpulan, Cik Sharah Ibrahim, serta beberapa orang golongan VIP yang terbabit dengan buku khas ini. Persembahan nyanyian daripada Misha Omar, Datin Seri Manimala NT Rajah dan Datin Sheril Aida juga turut memeriahkan majlis. Buku resipi ini telah pun berada dipasaran dan dijual dengan hara RM 12.90 setiap satu.

No comments: