Monday, August 13, 2012

Hubungan Antara Palembang dan Melaka


Kesultanan Melayu Melaka
Menurut cerita, kota ini di namakan Melaka di abad ke 14, oleh seorang Pangeran dari Palembang bernama Parameswara beragama Hindu, raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja dari Pulau Jawa, sewaktu beliau memberi gelar dirinya sebagaiMjeura ("orang yang berani"). akhirnya beliau melarikan diri ke Singapura. kemudian mengangkat dirinya sebagai Raja, meninggalkan Temasek karena karena diserang oleh Raja Siam di Temasek (Singapura). Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.
Menurut Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawakyang tidak terkira banyaknya. Menetap di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka coba dirikan runtuh. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujung. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam,suatu kawasan pesisir pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja. Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara melihat seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing burunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan menetap di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pohon (Pohon Melaka) yang menjadi tempatnya berteduh, kemudian menamakan tempat itu "Melaka". Parameswara memeluk Islam pada tahun 1414 melalui perkahwinannya dengan puteri Pasai, Indonesia dan mengganti nama beliau menjadi "Raja Megat Iskandar Shah". Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah yang berfungsi sebagai pintu bagi negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini digambarkan Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)
Faktor-fakor yang menjadikan Melaka sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka dalam keadaan selamat sampai mereka kembali ke laut. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, karena dekat kawasan Bukit Cina yang mempunyaifeng shui yang terbaik pada masa itu. Agama Islam dijadikan sebagai agama resmi Kesultanan Melayu Malaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berlanjut selama kira-kira satu abad sehingga berakhir di tangan armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Agustus 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

No comments: