Monday, August 13, 2012

Hikayat Hang Tuah


(Foto Kiri : Patung Hang Tuah. Kanan : Kuburan Hang Tuah di Tanjung Keling, Melaka)
"Hikayat Hang Tuah" merupakan sebuah cerita hikayat Melayu yang menggambarkan keadaan saat itu. Hikayat Hang Tuah menggambarkan tiga zaman yang ditempuh oleh bangsa Melayu yaitu zaman permulaan, zaman kegemilangan, dan zaman kejatuhannya.
Terdapat perselisihan mengenai Hang Tuah benar-benar wujud, ataupun hanya dongengan semata-mata. Ini disebabkan waktu Hikayat Hang Tuah sudah agak lama. Selain itu terdapat perbedaan dalam beberapa kitab lain mengenai jalan cerita hikayat Hang Tuah.
Hang Tuah adalah seseorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Sultan Melaka di abad ke-14. Beliau adalah Laksamana yang terkenal dengan kesetiannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada bandingnya. Pada masa mudanya, Hang Tuah beserta empat teman seperjuangannya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu membunuh sekelompok orang mengamuk di desa yang didiami oleh Bendahara Melaka. Bendahara (sedarjat dengan Perdana Menteri dalam sistem pemerintahan sekarang) Melaka mengetahui kehebatan mereka dan mengambil mereka untuk bertugas di istana. Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan sehinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuan berhasil membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam bertarungan itu Taming Sari adalah seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukai. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh karena itu Hang Tuah merampas keris tersebut dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya di hadiahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.
Tidak lama setelah itu Hang Tuah telah difitnah berzina dengan seorang gundik Sultan. Sultan Mahmud Shah secara mendadak memerintahkan hukuman mati Laksamana Hang Tuah. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara malah Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari diserahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat lalu bertindak melakukan pemberontakan terhadap Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari ditangannya. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas kembali Taming Sarinya dari Hang Jebat dan membunuhnya. Di dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat mencuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Hang Tuah meneruskan khidmatnya kepada Sultan Mansur Shah selepas kematian Hang Jebat. Pada lewat hidupnya, beliau diutuskan meminang seorang puteri yang tinggal di puncak Gunung Ledang. Beliau gagal dalam tugas itu, dan disebabkan perasaan malu, Hang Tuah menghilang dan tidak pernah nampak lagi. (lihat film : Puteri Gunung Ledang.)
Abu Bakar Siddiq R.A berkata kepada orang Muslim bahwa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkan hukuman. Ternyata, kekeliruan Hang Tuah tidak berfikir bahwa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perselisihan orang melayu sampai sekarang. Sumpah terkenal Hang Tuah adalah "Tak Melayu hilang di dunia" yang berarti suku Melayu tidak akan punah dibumi ini.
Film Hang Tuah ini pernah diterbitkan pada tahun 1956, dan diperankan oleh P. Ramlee sebagai Hang Tuah. Filem ini berdasarkan Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Film mengenai Hang Tuah ini katanya paling mendekati dari fakta sebenarnya.
Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak pribumi yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Malaka. Pada suatu hari, mereka berhasil menyelamatkan Bendahara dari seorang lelaki yang sedang mengamuk. Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan mengundang mereka semua ke rumahnya. Sultan mendengar berita tersebut, baginda berminat menjadikan mereka hulubalang istana. Hang Tuah dilantik sebagai Laksamana dan bertugas mengawal Sultan ke mana saja. Semasa rombongan Sultan Melaka ke Majapahit, Hang Tuah berpeluang menunjukkan kehebatannya menentang pahlawan Majapahit. Kerana ketangkasannya Hang Tuah berhasil mendapatkan keris Taming Sari.
Sekembali ke Melaka, Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum mati. Hang Jebat dilantik oleh Sultan sebagai pengganti Hang Tuah, tetapi Hang Jebatmasih kesal dengan hukuman Sultan terhadap Hang Tuah telah mengamuk dan menghuru-harakan Melaka. (sumber : Wikipedia)

No comments: