Belum lama berada di Kuala Lumpur, Fafa dan Dessy diwawancarai Wartawan Majalah Remaja "Bintang Kecil" di Malaysia. Hasil nya terbit di Edisi 1 Oktober 2004. Gambar diatas adalah : Kiri : Sampul Majalah Remaja "Bintang Kecil" Edisi 1 Okt 2004, Kanan : Fafa dan Dessy dalam pakaian tradisional dan dibawahnya : tulisan 2 halaman hasil wawancara mereka.
INDONESIA
“Hai!” Nama saya Tisa Hanifa Sukendar, Panggil saya Fafa, saya berusia 14 tahun dan berasal dari Jakarta. Indonesia. Ayah saya bekerja di jabatan Politik Indonesia dan sering berpindah. Oleh sebab itu, saya tidak dilahirkan di Indonesia. Saya dilahirkan di Hong Kong. Selepas empat tahun, keluarga saya berpindah semua ke Jakarta dan berada disana selama tiga tahun. Selepas itu kami sekeluarga berpindah ke Iran. Di Iran kami menetap selama empat tahun. Selepas itu kami pulang ke Jakarta kembali. Dan pada bulan Juli 2004, kami sekeluarga berpindah ke Malaysia pula.
Ini pula adik saya. Namanya Dessy Septiane Sukendar. Panggilan mesranya, Dessy saja. Dia berusia 12 tahun. Dia juga dilahirkan di Hong Kong, sewaktu saya berusia dua tahun, jom ikuti kisah saya sekarang!.
Kenali Indonesia
Indonesia, sebuah Negara yang popular dengan penggunaan 300 jenis bahasa (dialek) dengan kepadatan penduduknya mencecah 219.9 juta jiwa. Bahasa ibundanya ialah bahasa Indonesia. Manakala agama rasmi ialah agama Islam. Yang paling menarik, terdapat banyak pulau yang indah dan pantainya yang menarik. Di Indonesia terdapat banyak tempat menarik dan bersejarah yang sesuai dikunjungi.
Negara ini mempunyai banyak gunung berapi, diliputi juga dengan hutan tropika dan kawasan sawah padi yang menghijau dan dikelilingi terumbu karang. Oleh sebab itu, negara ini sebuah negara yang cantik untuk dikunjungi. Antara pulau-pulau terkenal di negara ini seperti Sumatra, Jawa, Bali, Lombok, Flores, Sumba, Borneo (Kalimantan), Sulawesi dan Irian Jaya.
Kebudayaan
Indonesia kaya dengan kebudayaan kerana mempunyai lebih dari 250 hingga 300 kumpulan etnik. Kumpulan etnik ini jugalah yang menghasilkan pelbagai kraf tangan tradisional dan kain-kain tenunan tradisi. Antara golongan etnik yang polular ialah kaum Dayak di Borneo (Kalimantan), Asmat di Irian Jaya, Mentawai di Sumatra, Toraja di Sulawesi Utara dan lain-lain lagi.
Gunung Berapi
Kebanyakan gunung-gungung tertinggi di Indonesia ialah gunung berapi kecuali Gunung Piramid Carstensz dan Gunung Trikora, di Irian Jaya. Beberapa gunung berapi terkenal juga terdapat di Indonesia seperti gunung tertinggi di Asia, Gunung Semeru, Gunung Bromo dan Gunung Rinjani di Kepulauan Lombok.
Hidupan Liar
Kepulauan Indonesia memang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Antaranya ialah Orang Utan, Harimau Sumatra, badak sumbu, sapi, gajah, rusa dan lain-lainnya lagi. Malah monyet terkecil didunia dan biawak komodo juga ada disini. Jika kamu ingin melawat binatang-binatang lair ini, bolehlah berkunjung ke Taman Negara yang terletak di Ujung Kulon.
Yang saya gemari
Penyanyi dan pelakon kesukaan saya ialah Mandi Moore. Saya rasa dia amat berbakat. Pelakon dan penyanyi Indonesia pula, tidak ramai yang saya minati, mungkin kerana saya jarang-jarang berada di negara saya sendiri dan sering berpindah. Dessy pula tidak meminati pelakon ataupun penyanyi lain. Saluran televisyen kegemaran saya ialah berkaitan dengan muzik adalah seperti MTV, V Channel dan Disney Channel. Saya sukakan muzik dan saya boleh mencipta lagu dan lirik. Selain itu, saya boleh bermain piano, gitar dan banyak lagi alat-alat musik yang lain.
Fesyen kegemaran
Saya suka fesyen yang dianggap mencabar. Saya sebenarnya seorang yang suka bertukar-tukar fesyen supaya tidak membosankan. Dessy pula lebih simple dengan jeans, skirt dan t-shirt sahaja.
Keluarga dan cita-cita
Saya dilahirkan dalam keluarga yang kecil. Hanya dua adik-beradik saja, yaitu saya dan Dessy. Ibu saya bernama Iis Sukendar, manakala bapa saya pula bernama Ade Sukendar. Sewaktu di Indonesia ibu saya bekerja di bidang Komputer. Di Malaysia, ibu tidak bekerja dan hanya bertanggung jawab sebagai suri rumah tangga saja. Ayah saya pula ialah Ketua bahagian Politik Kedutaan Indonesia di Malaysia.
Apabila dewasa nanti saya bercita-cita menjadi seorang penerbit film. Tapi sayang, ayah tidak membenarkan saya meneruskan cita-cita itu.Oleh itu saya ada cita-cita baru. Saya ingin menjadi Pengarah Eksekutif di United Nation (UN).Tinggikan cita-cita saya ni!
Lain pula halnya dengan Dessy. Dia ingin menjadi ahli politik ataupun nenurut jejak langkah ayah. Oleh sebab itu, dia suka membaca buku-buku berkaitan dengan politik biarpun usianya baru 12 tahun.
Baju Tradisi
Cantik tak saya dengan baju tradisional ini?. Baju yang saya pakai ini disebut Baju Bodo. Bodo pakaian tradisi masyarakat Sulawesi Selatan. Selalunya pakaian ini dipakai ketika menghadiri majlis-majlis perkawinan, keraian, dan sebagainya. Jangan terkejut jika saya katakan baju ini dijahit sendiri oleh ibu. Dessy pula bergaya dengan baju kebaya yang ibu jahit. Cantik tak? Baju kebaya ini berasal dari Jawa Barat, negeri asal bapak saya. Biarpun nampaknya rumit saya kagum apabila ibu boleh membuatnya. Kata ibu dia belajar menjahit karena agak susah mencari penjahit yang sesuai apabila di luar negeri.
Teman rapat
Saya mempunyai tiga orang sahabat baik di Jakarta. Saya sayangkan mereka dan berasa sedih apabila ayah memberitahu yang kami terpaksa berpindah di sini. Mulanya saya benci untuk berada di negara ini, Tapi nampaknya setelah beberapa bulan saya rasa seronok juga berada di Malaysia. Saya dapat tiga kawan baru menggantikan kawan-kawan baik saya dahulu. Inilah foto saya dan kawan-kawan, begitu juga foto Dessy bersama kawan-kawannya.
Makanan
Sebenarnya selera makan kami lebih kearah makanan barat memandangkan kami sering berpindah-pindah. Berbanding Dessy saya seorang yang kuat makan. Saya suka makan keju dan pelbagai jenis daging. Selain itu saya suka makanan ringan dan pizza. Restoran kegemaran saya ialah Mc Donald. Dessy suka pula makan makanan manis seperti coklat. Dia lebih suka pada coklat Swiss tetapi tidak sukakan coklat putih terlalu manis, manakala coklat hitam tidak manis. Makanan tradisi Indonesia pula saya lebih suka kuih onde-onde saja.
No comments:
Post a Comment